Sila klik gambar di bawah untuk melihat koleksi-koleksi Misi Cakna Palestin

Friday, February 27, 2009

MEMORANDUM MENYOKONG USUL MENGUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISRAEL TERHADAP RAKYAT GAZA


Sekretariat Misi Cakna Palestin ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah di atas usul penuh berani YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mengutuk kekejaman Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Gaza di Palestin. Usul YAB Tuan Guru pada Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kedua Belas pada hari ini adalah mewakili suara solidariti seluruh rakyat Negeri Kelantan yang mengutuk keganasan rejim Zoinis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Sekretariat Misi Cakna Palestin yang dianggotai oleh 30 Pertubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) ditubuh khusus untuk menganjurkan program-program bagi membantu meringankan beban kesengsaraan rakyat Gaza di Palestin. Kami mewakili pelbagai golongan dan lapisan masyarakat ingin turut sama menyatakan sokongan ke atas langkah pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang amat prihatin di dalam isu ini.

Justeru, kami ingin mencadangkan beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan isu ini terus mendapat simpati seluruh rakyat negeri ini khususnya dan rakyat Malaysia dan seluruh penduduk dunia amnya. Antaranya ialah:-
1. Meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia mengambil apa-apa langkah ke hadapan bagi membuat pendakwaan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) ke atas para pemimpin Negara Pengganas Israel dan seluruh tentera rejim Zionis yang terbukti melakukan keganasan kemanusiaan dan mencabul segala undang-undang antarabangsa.

2. Mengesa pihak kerajaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf HAMAS sebagai kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat Palestin. Pengiktirafan ini hendaklah diikuti dengan langkah-langkah yang wajar dengan memberikan kemudahan / kelebihan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan HAMAS di dalam hubungan dua hala dengan negara ini.

3. Memberikan penerangan yang jelas tentang pihak yang sepatutnya menerima bantuan bagi pihak rakyat Gaza di Palestin. Banyak pihak keliru dengan situasi yang ada sekarang dengan menyalurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada pihak Fatah (PA) yang hanya memerintah di Tebing Barat yang tidak terlibat di dalam perang terbaru ini. Sebarang bantuan hendaklah disalurkan terus kepada pihak Kerajaan HAMAS yang memerintah Gaza.

4. Pihak Kerajaan Negeri perlu meningkatkan usaha untuk menjayakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak Syuhada’ Gaza untuk menyambung pengajian peringkat tinggi di negeri ini. Bidang-bidang yang amat-amat diperlukan ialah Perubatan (Kedoktoran dan Kejururawatan), Kejuruteraan dan ICT. Program ini seharusnya menjadi keutamaan pihak Kerajaan Negeri dengan melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan ianya berjaya dan dapat dijayakan dalam jangka masa yang panjang.

5. Pihak Kerajaan Negeri memainkan peranan yang penting di dalam usaha memboikot barangan, perkhidmatan dan perniagaan yang jelas memberikan sumbangan kewangan / ekonomi kepada Negara Pengganas Israel.

6. Menggiatkan usaha pungutan derma dan penerangan di seluruh negeri bagi meningkatkan sumbangan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Majlis penerangan akan berupaya memberikan kesedaran dan maklumat yang lengkap tentang perjuangan rakyat Palestin. Langkah ini amat penting bagi memastikan perjuangan suci mereka mendapat sokongan berterusan dan bukan sahaja bersifat bermusim (semasa krisis sahaja).

Sekali lagi, Sekretariat Misi Cakna Palestin ingin menyatakan bahawa pihak kami sangat komited untuk meneruskan segala usaha yang difikirkan perlu bagi membantu meringankan beban rakyat Gaza di Palestin. Sehubungan dengan itu pihak kami juga ingin menawarkan khidmat kepada pihak Kerajaan Negeri sekiranya memerlukan penglibatan pihak kami dalam menjayakan segala langkah bagi tujuan ini.

Sekretariat Misi Cakna Palestin selagi lagi, merakamkan komitmen dan sokongan penuh padu terhadap usul khas YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan mengutuk kekejaman Rejim Israel terhadap penduduk Gaza.

Sekian, terima kasih.

“SELAMATKAN GAZA”

T.T
Nazri bin Deraman
Ketua
Sektariat Misi Cakna Palestin


T.T
Nik Mahadi Nik Mahmood
Timbalan ketua 1
Sektariat Misi Cakna Palestin

Tarikh : 27 Safar 1430 H / 23 Februari 2009

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete