Sila klik gambar di bawah untuk melihat koleksi-koleksi Misi Cakna Palestin

Wednesday, January 14, 2009

Balada Gadis Kecil Itu



Gadis kecil itu telah bertahun

Dicengkam derita

Di khemah pelarian

Yang menjanjikan duka cita


Munir tak mengenal erti cinta

Telah kering airmata

Menangisi kematian

Ayahbonda dan saudara


Pada suatu senja

Langit Syatila

Menyaksikan pembunuhan

Anak kecil dan wanita


Munir ditembak

Penuh luka

Tapi ajalnya belum tiba

Kerna Tuhan mengasihi dia


Peristiwa hitam 17 September

Telah menjadi bukti

Sempurnalah kekejaman

Suatu bangsa yang sombong dan hina


Karya Zubir Ali.

1 comment:

  1. dah lama saya cari album kumpulam harmoni& zubir ali tapi x dapat. kat mane ye boleh dapat?

    ReplyDelete