Friday, February 27, 2009
MEMORANDUM MENYOKONG USUL MENGUTUK KEKEJAMAN REJIM ZIONIS ISRAEL TERHADAP RAKYAT GAZA
Sekretariat Misi Cakna Palestin ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah di atas usul penuh berani YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mengutuk kekejaman Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Gaza di Palestin. Usul YAB Tuan Guru pada Persidangan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Kedua Belas pada hari ini adalah mewakili suara solidariti seluruh rakyat Negeri Kelantan yang mengutuk keganasan rejim Zoinis dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Sekretariat Misi Cakna Palestin yang dianggotai oleh 30 Pertubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) ditubuh khusus untuk menganjurkan program-program bagi membantu meringankan beban kesengsaraan rakyat Gaza di Palestin. Kami mewakili pelbagai golongan dan lapisan masyarakat ingin turut sama menyatakan sokongan ke atas langkah pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang amat prihatin di dalam isu ini.
Justeru, kami ingin mencadangkan beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan isu ini terus mendapat simpati seluruh rakyat negeri ini khususnya dan rakyat Malaysia dan seluruh penduduk dunia amnya. Antaranya ialah:-
1. Meminta Kerajaan Persekutuan Malaysia mengambil apa-apa langkah ke hadapan bagi membuat pendakwaan di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) ke atas para pemimpin Negara Pengganas Israel dan seluruh tentera rejim Zionis yang terbukti melakukan keganasan kemanusiaan dan mencabul segala undang-undang antarabangsa.
2. Mengesa pihak kerajaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf HAMAS sebagai kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat Palestin. Pengiktirafan ini hendaklah diikuti dengan langkah-langkah yang wajar dengan memberikan kemudahan / kelebihan yang sepatutnya diterima oleh kerajaan HAMAS di dalam hubungan dua hala dengan negara ini.
3. Memberikan penerangan yang jelas tentang pihak yang sepatutnya menerima bantuan bagi pihak rakyat Gaza di Palestin. Banyak pihak keliru dengan situasi yang ada sekarang dengan menyalurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada pihak Fatah (PA) yang hanya memerintah di Tebing Barat yang tidak terlibat di dalam perang terbaru ini. Sebarang bantuan hendaklah disalurkan terus kepada pihak Kerajaan HAMAS yang memerintah Gaza.
4. Pihak Kerajaan Negeri perlu meningkatkan usaha untuk menjayakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak Syuhada’ Gaza untuk menyambung pengajian peringkat tinggi di negeri ini. Bidang-bidang yang amat-amat diperlukan ialah Perubatan (Kedoktoran dan Kejururawatan), Kejuruteraan dan ICT. Program ini seharusnya menjadi keutamaan pihak Kerajaan Negeri dengan melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan ianya berjaya dan dapat dijayakan dalam jangka masa yang panjang.
5. Pihak Kerajaan Negeri memainkan peranan yang penting di dalam usaha memboikot barangan, perkhidmatan dan perniagaan yang jelas memberikan sumbangan kewangan / ekonomi kepada Negara Pengganas Israel.
6. Menggiatkan usaha pungutan derma dan penerangan di seluruh negeri bagi meningkatkan sumbangan kewangan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Majlis penerangan akan berupaya memberikan kesedaran dan maklumat yang lengkap tentang perjuangan rakyat Palestin. Langkah ini amat penting bagi memastikan perjuangan suci mereka mendapat sokongan berterusan dan bukan sahaja bersifat bermusim (semasa krisis sahaja).
Sekali lagi, Sekretariat Misi Cakna Palestin ingin menyatakan bahawa pihak kami sangat komited untuk meneruskan segala usaha yang difikirkan perlu bagi membantu meringankan beban rakyat Gaza di Palestin. Sehubungan dengan itu pihak kami juga ingin menawarkan khidmat kepada pihak Kerajaan Negeri sekiranya memerlukan penglibatan pihak kami dalam menjayakan segala langkah bagi tujuan ini.
Sekretariat Misi Cakna Palestin selagi lagi, merakamkan komitmen dan sokongan penuh padu terhadap usul khas YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan mengutuk kekejaman Rejim Israel terhadap penduduk Gaza.
Sekian, terima kasih.
“SELAMATKAN GAZA”
T.T
Nazri bin Deraman
Ketua
Sektariat Misi Cakna Palestin
T.T
Nik Mahadi Nik Mahmood
Timbalan ketua 1
Sektariat Misi Cakna Palestin
Tarikh : 27 Safar 1430 H / 23 Februari 2009
Wednesday, February 25, 2009
JADUAL ROADSHOW PENERANGAN ISU PALESTIN OLEH DR JAMNUL AZHAR MULKAN 25 FEB – 1 MAC 2009
PENCERAMAH :
MBBS Universiti Al Azhar, BA Al Syariah, Universiti Azhar MA Psychology Adelaid PHD Psychology Brunells Jawatan akhir : Sekarang : Pengamal Perubatan di Klinik, Sukarelawan dan ahli Majlis Perundangan Pakar, Dewan Pemuda Masjid |
Hj Mohd Taqiuddin Abdullah BA (Hons) Syariah Al Azhar Dip Ed IIUM Sekarang : Pengarah Eksekutif Dewan Pemuda Masjid |
Nazri Deraman Sekarang : Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin Sukarelawan Misi ke Palestin |
Ust Wan Sharafi bin Wan Mustapha Rushdi Sekarang : Timbalan 3, Sekretariat Misi Cakna Palestin Sukarelawan Misi ke Palestin |
Tuesday, February 3, 2009
Terkini Dari Gaza, Palestin
Satu demontrasi hebat telah diadakan oleh penduduk tempatan bagi menyokong penghantaran kapal tersebut ke sana.
Ustaz Wan Mohd Sharafi telah ditemuramah dan liputan berita An-Nil telah disiarkan ke seluruh negara Arab.
Marilah kita bersama-sama doakan agar bantuan kemanusian yang ingin dihantar oleh wakil kita di sana dan umat Islam berjaya sampai ke bumi Palestin.
Monday, February 2, 2009
Israel serang semula Gaza
"Seorang penduduk Palestin terbunuh dan empat yang lain cedera dalam serangan yang disasarkan ke atas sebuah kenderaan membawa pejuang di bandar Rafah," kata sumber perubatan dan saksi.
Jurucakap tentera
Lelaki yang terbunuh dikenali sebagai Ayman Abu Jazar daripada Jawatankuasa Pertahanan Popular, sebuah kumpulan kecil bersenjata Palestin.
Tindakan dilakukan sehari selepas pesawat tentera Israel melancarkan serangan udara di Gaza lewat kelmarin sebagai tindak balas kepada serangan roket 18 Januari lalu yang menggegarkan gencatan senjata menamatkan peperangan 22 hari di wilayah itu.
Serangan kelmarin terkena sebuah balai polis Hamas dan terowong yang digunakan untuk menyeludup senjata dan barang dari Mesir ke Semenanjung
Perdana Menteri
Hamas mengecam serangan terbaru
"Ia adalah juga percubaan untuk menggagalkan usaha Mesir dalam mengekalkan gencatan senjata," kata jurucakap Hamas, Taher al-Nunu. - AFP
p/s; Sama-sama kita berdoa untuk keselamatan Umat Islam di Palestin, sumbangan anda, keluarga dan masyarakat juga diperlukan -marilah kita semua perkasakan usaha kita membantu saudara seagama.
Rombongan Cakno Palestin cuba memasuki Gaza
Rombongan itu diketuai Mohd Nazri Deraman, Pengarah Sekretariat Misi Cakna Palestin Kelantan kini berada di Syria selepas bertolak ke negara terbabit 28 Januari lalu untuk menghulur bantuan.
Sumbangan permulaan yang dibawa bernilai kira-kira RM200,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan rakyat Kelantan akan dibawa masuk secara berperingkat-peringkat sebagai langkah keselamatan. Jumlah Tabung Amanah Cakna Palestin yang berjumlah RM1.4 juta akan disalurkan seberapa segera ke Palestin
Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin, Mohd Nazri Deraman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan berusaha memasuki Gaza sebelum berlepas pulang ke tanah air pada 4 atau 5 Februari ini.
"Setakat ini kita masih lagi berada di Syria dan berusaha untuk ke sempadan dan seterusnya memasuki Gaza bagi membolehkan bertemu dengan pemimpin Hamas bagi menyalurkan sumbangan," ujarnya.
Rombongan tersebut merupakan kali ketiga bagi menghantar bantuan kepada umat Islam di Palestin.
Turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan itu Timbalan Ketua lll, Sekretariat Cakno Palestin, Ustaz Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa yang menggunakan jalan laut yang dikuasai tentera Israel bagi menyampaikan bantuan berbentuk ubat-ubatan. Beliau bertolak mengikut rombongan Dr Fathi Yakan, ulama gerakan Islam kotemporari masa kini.
"Ini adalah pengalaman pertama Pasukan Sekretariat Misi Cakna Palestin dalam rombongan antarabangsa menggunakan kapal."
"Tidak dapat diramalkan sama ada kapal ini akan berjaya memasuki perairan Gaza dikawal tentera laut rejim zionis Israel.Rakyat diminta mendoakan keselamatan mereka," - katanya.- Sama-sama kita doakan keselamtan semua. Amin.