Sila klik gambar di bawah untuk melihat koleksi-koleksi Misi Cakna Palestin

Sunday, January 4, 2009

Cakna Palestin -INTRO

1.0 PENGENALAN

1.1 “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ” (
Surah Al-Maidah : 82)

1.2 Umat Islam di dunia kini semakin tertindas. Asas pegangan akidah umat Islam semakin dicabar oleh agenda Yahudi yang tidak pernah berputus asa dengan pelbagai agenda yang diserap samada secara psikologi mahupun kekerasan fizikal. Kini, kita sedang dicabar oleh keganasan yang berlaku di Palestin. Banyak nyawa yang terkorban malah ramai kanak-kanak telah menjadi yatim piatu angkara keganasan Yahudi yang melampau tanpa belas kasihan.

1.3 “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat: 10)

1.4 Sehubungan dengan itu, kita sebagai umat yang bertamadun sepatutnya amat sensitif dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, umat Islam seluruhnya wajib melakukan sesuatu paling tidak bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.

1.5 Keganasan Israel perlu dilihat dari sudut yang lebih global merentasi batas agama dan bangsa kerana ianya merupakan kemuncank kekejaman dan pelanggaran Hak Asasi Manusia terbesar semenjak berpuluh-puluh tahun lamanya.

1.6 Justeru, satu Misi Cakna Palestin mesti dimulakan dan disemarakkan ke seluruh pelusuk negeri dan negara agar Palestin dan rakyatnya terbela.



2.0 TUJUAN

2.1 Untuk merangka program bantuan kepada rakyat Palestin melalui kesedaran dan penglibatan orang ramai. Pelbagai program akan dilaksanakan untuk tujuan tersebut seperti pameran, kutipan derma, kempen kesedaran, boikot barangan keluaran Yahudi atau syarikat yang menyumbang kepada Israel.

2.2 Untuk mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menjayakan Misi Cakna Palestin.


3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu rakyat Palestin dalam bentuk sumbangan kewangan.
3.2 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewajipan menolong sesama muslim yang dalam kesengsaraan.
3.3 Memupuk sikap prihatin rakyat Malaysia tanpa mengira batas agama dan bangsa untuk meringankan beban dan kesengsaraan rakyat Palestin.

4.0 ANJURAN

Program Misi Cakna Palestin ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO).


5.0 URUSETIA

5.1 Diperingkat Kerajaan Negeri Kelantan, pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, Tingkat 1, Blok 1, Kompleks Kota Darulnaim akan bertindak sebagai urusetia rasmi.

5.2 Diperingkat NGO, pejabat Pupuk Nilai Murni Bhd akan bertindak sebagai urusetia yang bertindak sebagai sekretariat yang akan menyelaraskan kerja-kerja yang berkaitan program Misi Cakna Palestin ini.

No comments:

Post a Comment