Sila klik gambar di bawah untuk melihat koleksi-koleksi Misi Cakna Palestin

Saturday, January 10, 2009

Jom Sertai Skuad Sukarelawan Misi Cakno Palestin di Kelantan

Pada 8 Januari 2009 lepas, Sekretariat Misi Cakno Palestin anjuran Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Khas dengan beberapa NGO yang terlibat.

Antara program yg telah dan akan diadakan ialah;

1. Membuat banner gergasi untuk dipijak semasa di dataran Ilmu dan 7 buah masijd di sekitar Kota Bharu, terlibat sama dalam pengajuran demontrasi pada jumaat lepas.

2. Mewujudkan Tabung Amanah Cakno Palestin dan mensasarkan kutipan sebanyak 10 Juta.

3. Mengadakan Kempen2 Boikot Produk US & Israel

4. Mengedarkan risalah/ cd/video dll untuk untuk memberi kesedaran kepada rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia umumnya.

5. Mengadakan Demontrasi, piket, referendum dll.

6. Menghantar misi bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin dll.

Banyak lagi program dan aktiviti yang bakal diadakan, penglibatan dan sumbangan dari semua pihak amat-amat dialu-alukan samada dari segi tenaga kerja dan sumbangan kewangan.

Jom Sertai Sekretariat Misi Cakno Palestin, sukarelawan sangat-sangat diperlukan.

Sila SMS Nama penuh, No.Kad Pengenalan dan No.telefon anda kepada Setiausaha Sekretariat di no - 019 9898207 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan kami.

1 comment:

  1. Direktori Pertanian Malaysia - www.pertanianmalaysia.blogsppot.com

    Forum Perniagaan - www.gem.socialgo.com

    ReplyDelete